Saturday, December 31, 2011

Salam bahagia buat pengunjung blog ku .. semoga kalian sentiasa dalam suasana luar biasa bagus dan baik serta sentiasa dalam lindungan rahmat serta berkat Ilahi .. ;)

Arineh 31.12.2011 .. hari terakhir dalam tahun 2011 .. sepanjang tahun 2011 pastinya kalian  banyak kisah yang gembira, sedih dan tidak kurang juga duka .. biasalah da namanya manusia .. so seharusnya la melalui kehidupan begitu .. bilang orang hidup ini seperti 'roda' .. ye la kan .. roda tuh kan berpusing pusing .. so kehidupan kita pon cam bepusing pusing .. err .. maksud ku .. sekejap kita d atas .. sekejap kita di bawah .. ada kala kita di tepi ada kala kita di siring .. tp tak tau la lau ada orang yang ditengah tengah yakni hidupnya 'begitu begitu sahaja' .. ntah da lupa perkataan apa yg sinonim ngan perkatan 'begitu begitu sahaja' .. hikhik ..

walau apa pun terjadi disepanjang 2011 ini .. teruskan kehidupan .. tapi berpijak la dibumi yang realiti dan nyata .. bukan terus hanyut dalam dunia fantasi dan halusinasi .. nanti akan jadi 'giler' .. yela kan .. sekarang neh banyak sangat orang gila .. gila bukan pasal dunia .. sebab tenggelam dalam khayalan dunia .. pasal apa terjadi ? bagi aku la kan .. sebab dorang neh maksud aku jiwa dorang neh jauh dari agama .. sedangkan penawar segala penyakit kejiwaan itu adalah AGAMA .. tak kiralah agama mana pun semuanya menyeru ke arah kebaikan agar hidup bertambah harmoni .. mana ada agama menyeru membuat kejahatan .. nti penuh la pula dunia neh ngan orang gila .. ye tak ? jadi .. kalian semua .. dan diri ku .. walau apa pun terjadi pada masa akan datang .. tetap la berpegang pada agama kalian .. agar anda tidak menjadi 'orang gila' atau 'tergila-gila' mahupun 'digilai' ..  ye la kan .. lau anda 'digilai' nti anda riak, takkabur dan segala penyakit Ph.D .. penyakit2 hati neh nanti yang buat anda gila .. err.. anda tau apa Ph.D tuh ? Ph.D tuh maksudnya 'Penyakit Hasad Dengki' kata DrTuah dalam buku motivasinya 'Jangan Main-Main' .. ada bagusnya anda baca buku neh.. bukan la maksudnya bagi mengelakkan anda gila .. tp sekadar mengambil iktibar yang terdapat dalam buku itu yang setiap bab ada sketsa kehidupan .. 

okeh la .. aku pon tak na la cerita tang benda-benda gila .. bab .. aku tak suka pon walaupun ada kala aku agak 'gila-gila' .. hikhik .. ;p

cuma apa yang ku harapkan .. anda tinggalkan la segala kenangan pahit yang berlaku dalam tahun 2011 neh .. jadikan ia seperti mimpi ngeri .. yang sekadar menakutkan kita .. tapi membina keyakinan kita untuk terus hidup menjadi hamba ALLAH SWT .. hidup ini bukan sebenar benar kehidupan tapi yang sebenar benar kehidupan itu adalah di akhirat .. dan aku berkata bukan sekadar untuk anda tapi berkata kepada diriku .. sebagai peringatan pada diriku .. tinggalkan segala penghinaan, cacian dan kejian manusia terhadap kita kerna semua itu berlaku atas ketetapan ALLAH SWT .. tidak ia terjadi tanpa izinNya .. percayalah bahawa ALLAH SWT tau apa yang terbaik untuk kita dan tau dimana kemampuan kita sebagai hambaNya .. dan setiap ujian yang kita lalui menaikkan darjat kita di sisinya ANDAI kita seorang yang sabar dan sentiasa solat .. 

Akhir kata buat kalian, ' dunia dicipta untuk manusia, dan manusia dicipta untuk akhirat' .. kata hikmah ini aku terlihat dalam majalah Solusi .. ntah yang keberapa .. aku suggest korang baca la majalahnya .. sungguh berkualiti intisarinya bagi orang yang benar-benar ingin mengetahui apa sebenarnya kehidupan yang telah dilalui dan ke mana arah hidupnya ..

Salam Mahabbah buat kalian ~ .. ;)






Friday, October 7, 2011

Sebuah Sajak 'GILA'


Dalam HATI se0rang PEREMPUAN ada NALURI untuk diSAYANGI ,
Ada rasa untuk diberi PERHATIAN,ada rasa untuk diDENGARI KELUH KESAHNYA,Ada waktu'2 minta diTEMANI KESEDIHANYA,Andainya LELAKI tahu ~Rajuk se0rang PEREMPUAN minta diPUJUK,MARAH se0rang PEREMPUAN perlu diDEKATI,Sedih se0rang PEREMPUAN harus diDENGARI,Gembira se0rang PEREMPUAN ingin diK0NGSI,Andainya LELAKI tahu ~DiSEBALIK SERIBU satu rasa itu,ada sekeping HATI nan LEMBUT,Bukan untuk diMANJAI,Bukan juga untuk diTANTANG bagai minyak yang penuh,Hanya perlu sedikit PERHATIAN,Agar rasa KASIH itu terasa WUJUD diSAAT jauh,Kerana andai LELAKI tahu HATI ini akan sentiasa bertanya,Pada diri se0rang PEREMPUAN wujudkah CINTA itu diHATI LELAKI..????Bila diSAAT jauh tanpa PERKHABARAN...??SAYANGLAH sese0rang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini....CINTAILAH sese0rang itu kerana HATINYA,bukan paras rupa SEMATA-MATA ..~ ;)


copy paste ..~ 

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri Minal Wal Faidhzin

Assalammualaikum WBT .. Salam sejahtera dan salam satu hati ..


Waahh .. lama tak update blog gara-gara kesibukan dengan kehidupan realiti .. tambahan pula sekarang ngah masuk bulan syawal .. alhamdulillah akhirnya aku masih berkesempatan meraikan syawal untuk tahun ini .. dan napaknya syawal tahun ini benar-benar berlainan dari syawal sebelum tahun-tahun sudah .. tahun ini aku meraikan syawal bersama anak-anak kembar sepupu aku iaitu Nurussabrina Amani (5 bulan) dan Nurussabrina Izzati (5 bulan) serta abang along durang iaitu Mohamad Danish Tuah Hakimi yang berusia setahun lebih .. hUu .. semput nafas menyebut nama along neh .. hope sesangat tok kadi tak sasul sebut .. hikhik ..


Selain si kembar itu .. aku juga meraikan syawal aku untuk pertama kalinya bersama member-member Warga 1 Sandakan .. semoga ikatan ukhwah yang terjalin bermula di alam maya berkekal hingga ke akhir hayat kami .. Amin Ya Rabbal Alamin ..~


sedikit bingkisan kasih untuk pengunjung setia blog ku .. sebuah foto-foto kehidupanku di dunia realiti
 .. 
Akhir kata .. walau hidup hanya sedetik .. pastikan anda teruja beramal .. bagaikan nyawa dihujung pedang .. .. Jazakallahu Khairan .. ;)

Tuesday, August 2, 2011

Syukur Masih Bernafas ..

Alhamdulillah .. alhamdulillah .. alhamdulillah .. syukur pada Ilahi kerana masih memberi kesempatan pada diriku untuk terus bernafas di muka bumi milikNya .. 

semalam 01 Ogos persamaan 01 Ramadhan  .. walaupun tiada apa-apa sambutan lantaran bermulanya umat Islam berpuasa .. aku tetap bersyukur kerana berkesempatan berpuasa pada tahun ini .. alhamdulillah .. walaupun ada kala hati berdebar menanti kedatangan ramadhan tahun ini tapi berharap ramadhan kali ini penuh makna .. makna erti kata bermakna bagi insan bergelar Hamba ALLAH .. moga di usia seperti ini aku tetap mengingati jalan menuju ke akhirat .. jalan yang bukan mudah juga bukan susah .. moga aku terus menjadi Hamba ALLAH SWT yang sentiasa bermujahadah dalam jiwa dan hidupku .. 

sejuta terima kasih pada rakan-rakan pesbuk dan sahabat-sahabat yang menwish diriku .. anda adalah sumber ilhamku meniti kehidupan yang bagaikan sejengkal melangkah ke liang lahad .. anda pencorak kehidupan ku .. moga ikatan ukhwah antara kita kekal selamanya dengan restu Ilahi .. Amin Ya Rabbal Alamin ..~ 

Friday, July 1, 2011

Sebuah Metafora Kehidupan ..~

bila segala rasa menjadi satu .. Bagaikan ku tak tau bagaimana tuk tersenyum .. Bagaimana tuk ketawa .. Ada kala tawaku pun ku tak mengerti .. Ada kala senyum ku pun ku ragui .. 

Cuba letak dirimu dalam kehidupanku .. Melalui ranjau kehidupan dari kecil hingga dewasa .. Melalui pelbagai rasa kehidupan .. Dikhianati sahabat dikhianati orang yang dikasihi .. Dihina dan dicaci orang sekeliling tapi masih mampu tersenyum .. Menolak tawaran maktab kerna ibu .. Menolak memasuki 'u' kerna ibu .. Mata memandang mudah berkata 'sabar' tapi hati menanggung bagai tiada tertanggung ..

Cuba kau letak hidupmu dalam hidupku .. Setiap pagi petang menyusuri lorong sepi sepanjang sekilometer .. Bagaikan sandal tak mampu menahan .. Terkoyak terputus demi sesuap nasi .. Dan ada kala malam mengiringi langkah hingga sang ayah sang ibu kerisauan .. Tapi itu lah kehidupanku dan antara kehidupan yang dilalui .. Hanya airmata sujud serta luahan pada Yang Maha Mencipta diluahkan .. Agar diberi kekuatan hadapi setiap ranjau kehidupan tuk mendapat keredhaanNya ..

Bersyukurlah aku .. Biar tiada cinta untukku asal ku punya Cinta Ilahi dari Kekasih Agungku .. Kerna cinta dariNya lebih bernilai lebih abadi lebih suci dari cinta~cinta yang ku pernah ada dan dari cinta~cinta yang ku lihat dalam kehidupanku ..~

Wednesday, May 25, 2011

Dan Bila Esok ..

Dalam rentik-rentik hujan ketika perjalanan pulang, kedengaran lagu Dan Bila Esok berkumandang dengan lembut di pendengaranku. Terkenang ku pada dirimu yang suatu masa dulu pernah bertahta dihatiku. Mengukir pelangi cinta disetiap musim cinta. Bagaikan tidak peduli pada masa depan. Gelak tawa, sedih, gembira, marah. Semuanya pernah menjadi satu dalam jiwa kita. Tapi kini tiada lagi itu semua. Dirimu. Ku cuba singkirkan dari diari kehidupanku. Engkau bagiku sebuah mimpi ngeri yang tak inginku hadapi lagi dalam realiti kehidupanku. Mungkin semua adalah kesilapanku dulu. Namun kesalahanmu pada diriku dan keluargaku merupakan kesalahan terbesar buat diriku dan bagi keluargaku.

Dan Bila Esok…
Kitakan bertemu kembali..
Masihkah ada ruang didalam hatimu..
Tuk cinta yang pernah kita miliki..
Tuk selama-lamanya…

Terngiang-ngiang lirik lagu itu dihalwa pendengaranku. Bagaikan ianya merupakan suara hatimu. Andai suatu masa kau bertanyakan hatimu padaku, bertanyakan hatiku untukmu.. ketahuilah bahawa dalam hatiku sudah tiada ruang untuk mengukir namamu. Menyentuh bayang wajahmu pun sudah tidak ku inginkan, inikan pula menyebut namamu disetiap lafaz nafasku. Biar engkau dengan segala rasamu. Yang tidak terungkap dan tidak inginku ketahui. Biar diriku menjadi bayang-bayang disetiap langkahmu. Disetiap mimpi-mimpimu. Agar engkau tahu bahawa akulah wanita yang engkau sakiti hatinya. Yang engkau racuni jiwanya. Yang hampir kelam jiwanya kerna cinta seorang lelaki yang sebenarnya lakonan dan sandiwara si romeo.. tuk memerangkap gadis dengan kekayaang material yang dimilikinya.

Biarkan hatiku dimiliki insan lain. Yang mengerti hatiku. Yang menerima kepapaan jiwaku. Yang menerima kejelekan penampilan ku. Yang menerima apa adanya diriku dan yang hidup dalam lingkungan kasih keluarga seperti diriku. Kerna dialah selayaknya mendapat kasih keluargaku berbanding engkau si Durjana. Dan jangan engkau pernah datang lagi dalam hidupku. Engkau dan aku sudah tiada hari esok. Engkau dan aku sudah tidak ada ruang untuk menyulam pelangi kasih, mengukir cinta dilangit Ilahi. Kerna cinta untuk mu sudah bernisankan disetiap butir bicaramu pada bondaku yang engkau hina.. selamat tinggal duhai si Durjana !

Friday, April 1, 2011

Khianat ?

di khianati ? kekasih mengkhianati ? kawan mengkhianati ? mengapa ? kenapa ? bagaimana terjadi ?

Semua itu terjadi bila 'cinta' menguasai diri .. si kawan sangup mengkhianat sahabatnya .. si kekasih sanggup mengkhianati kekasihnya yang setia .. dan semua itu terbongkar bila Yang Maha Mengetahui menghendaki hambaNya mengetahui kebenaran disebalik pembohongan dan penipuan para pengkhianat cinta ..

Kerana cinta .. hubungan sahabat dengan sahabat yang telah lama terjalin akhirnya terlerai .. kerana cinta .. hubungan kekasih antara kekasih yang telah lama terjalin tercemar .. mengapa terjadi ? adakah dalam bersahabat itu tiada nawaitu 'ukhwah fillah' ? adakah dalam berkasih itu tidak mendapat redhaNya ? atau ini antara ujian-ujian dariNya untuk memperlihatkan pada insan-insan yang di ujiNya bahawa sikap dan sifat manusia itu adakalanya sesuatu yang sukar terjangkau oleh akal manusia ? atau memang dasar manusia itu bersifat 'khianat' ? ..

tiada kata dapat ku ungkap melainkan aku redha atas apa yang terjadi padaku demi mendapatkan keredhaanNya .. jika laluan ku untuk mendapatkan keredhaanNya dengan menghadapi manusia seperti ini .. maka seharusnya ku harus sentiasa berlapang dada dan bersabar serta berdoa padaNya agar aku tidak memiliki sifat 'khianat' ini dan berlindung dari manusia-manusia seperti itu .. demi hubungan yang kubina berdasarkan cintaku padaNya .. ~
 "Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa. (An-Nisaa' 4:107) "

Monday, January 24, 2011

Si Kecil .. Yang Mencuit Naluri Ku .. ~

Kemarin aku pulang agak lewat kerna mengajar anak india sebelah tempat keja aku .. agi pom aku da janji nak ajar minggu neh .. tp aku tak boleh nak lelama ngajar coz aku ada janji nak maen bola tampar ngan adek2 kat tempat flat aku stay .. 


so lebih kurang kul 2 setengah aku  da naek bas .. disebabkan perjalanan yg agak jauh .. yelakan .. jarak umah ngan tempat keja aku tuh lebih kurang 16 km .. so sempat agi aku tido lam bas .. so di pendek kan ceta .. ngah kusyuk nak tido tetiba bas behenti kat batu 6 .. lau tak silap .. igatan aku neh pom mukan le pakai cagat .. salu lupa2 .. hoho .. then naek la sebuah keluarga .. ada bapa ada ibu ada 2 orang anak yang kedua -duanya pompuan ..


so si ibu yg ngah mendukung si bayi duduk sebelah aku yg mang kosong pom .. si kakak yg kurasa umurnya lebih kurang 2 tahun kot .. lau tak silap .. hihi .. berdiri di sebelah mak dia .. bapa dia dok sebelah belakang kami ..


aku kesian si kecil tuh .. melihat ibunya yg agak kepayahan coz sedang memangku anaknya yg masih bayi .. maka ku suh si ibu membiarkan anaknya tuh duduk antara kami .. biar pom agak sempit tp agak okeh la agar tidak terjadi perkara yg tidak diingin memandangkan pemandu bas tuh agak agresif cara pemanduannya .. yela kan .. kekadang tetiba behenti .. kekadang membelok ngan mengejut .. huhuk .. owank yg berdiri pom le tersungkur mencium tapak kasut owank laen lau cmtuh .. ngee ..~


si kecil yg dok antara aku ngan ibunya neh mang agak comel .. anak pompuan .. aku suka cagat ngan kanak-kanak neh .. mukan apa .. da naluri aku yg agak penyayang neh .. cewahh .. =P


aku agak terkesima bila dia pegang jari ku .. mengengam erat jariku .. aku tgok dia .. selamba ja dia .. sambil menguis-nguis kaki kecilnya yg terlunjur kedepan .. sptnya mempertahankan dirinya dr tersungkur ke depan .. then aku memberi sedikit ruang padanya agar dia selesa cikit .. ngan meletakkan bag sandang dan bola ku di atas riba ..


tidak lama kemudian .. kepalanya terlentok di atas bola ku ngan badannya bersandar didadaku .. tersenyum-senyum aku sendirian melihat telatah si kecil neh .. sedar-sedar dia pom ikut tido ngan aku .. hehek ..


sesampai kat batu 15 .. baru la dowank turun .. tuh pom si kecil lum agi mangun2 .. jenuh ibunya kejutkan dia tp tak gak mangun .. aku pom tersengih-sengih sambil tersenyum  memandang ibunya yg memandangku .. jenuh juga aku kejutkan dak kecil neh .. mangun kejap .. mata terkebil-kebil memandangku .. aku tergelak kecil .. last2 bapa dia angkat dia turun bila melihat si kecil neh nak tido balik .. 


tersengih-tersengih aku bila penumpang2 laen melihatku semacam ja .. myb dowank pk aku ahli keluarga pada keluarga tadi tuh .. tp tak pulak ikut turun .. tuh pasal dowank kepelikan .. hikhik .. dalam ati aku .. 'ah, lantak kowang la' .. sambil melihat keluar tingkap bas yg meninggalkan keluarga tadi .. sekian  ..~


P/S : hargailah kanak-kanak .. kerna mereka ibarat kain puteh yang perlu dicorakkan oleh kita .. agar mereka dapat mengharungi kehidupan ini dengan penuh keyakinan dan ketabahan dalam memperjuangkan hidup sendiri .. dan jadi la role model yang terbaek bagi mereka .. ewahh .. =)





Dunia Maya℠₠